Diploma Teknologi Berasaskan Kayu

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Teknologi Berasaskan Kayu direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang teknologi perkayuan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di bilik kuliah, bengkel dan industri berkaitan yang meliputi skop kerja di dalam industri perkayuan meliputi aspek sains kayu, kejuruteraan kayu dan teknologi pemprosesan kayu yang merangkumi jenis dan ciri-ciri kayu, penggunaan dan produk kayu, peralatan dan teknologi terkini dalam industry berasaskan kayu. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknologi perkayuan.

Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma teknologi Berasaskan Kayu adalah seperti berikut:

  • Pereka Produk Kayu
  • Juruteknik Penggred Kayu
  • Pembantu Makmal
  • Pegawai Kawalan dan Jaminan Kualiti
  • Penyelia
  • Penolong Pegawai Pemasaran
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Pengusaha Produk Kayu


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/COPTA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana matapelajaran
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Awam
 Sijil Kejuruteraan Awam (Kerja Raya dan Kaji Air)
 Sijil Kejuruteraan Awam (Lebuhraya)
 Sijil Kejuruteraan Awam(Pembinaan)
 Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
 Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
 Sijil Teknologi Pembuatan Perabot
3Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
 FINISHING SUPERVISOR (RB-072-3)
 Jurumesin Kayu (A-021-3)
 Juruteknik Binaan Bangunan Berasaskan Kayu (A-020-3)
 Juruteknik Rekabentuk Pintu & Tingkap (ID-030-3)
 Operasi Mesin Kerja Kayu (RB-071-3:2014)
 Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-3:2012)
 Operasi Penyudah Kerja (RB-072-3:2014)
 Pemuliharaan Kayu (RB-074-3:2014)
 Pengeringan Kayu (RB-073-3:2013)
 Penggredan Kayu (RB-070-3:2012)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 Penyelia Dekorasi Bangunan (PTD3)
 Penyelia Kekuda Bumbung (BC-380-3 / RTM3)
 PENYELIA PEMBUAT PERABOT (A-010-3)
 PENYELIA PEMBUAT PERABOT (RB-050-3)
 Penyelia Pembuatan Pintu & Tingkap (ID-020-3)
 Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3)
 Penyelia Tukang Kayu (TCJ3)
 Penyelia Tukang Kayu Kanan-Kerja Kayu Dalaman (RB-051-3)
 WOODWORKING MACHINE SUPERVISOR (RB-071-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.