Diploma Kejuruteraan Awam

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menawarkan program ini berserta Pensijilan Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT – JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ. Untuk maklumat lanjut berkaitan TECHNO HUFFAZ klik sini.


Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:

  • Penolong Jurutera
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Tapak
  • Penyelaras Bahan Binaan
  • Kerani Kerja Tapak
  • Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembekal Bahan Binaan
  • Kontraktor Pembinaan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Pra Diploma Sains
 Sijil Kejuruteraan Awam
 Sijil Kejuruteraan Awam (Kerja Raya dan Kaji Air)
 Sijil Kejuruteraan Awam (Lebuhraya)
 Sijil Kejuruteraan Awam(Pembinaan)
 Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
 Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Lukisan Senibina
 Sijil Pelukis Pelan Senibina
 Sijil Penyelenggaraan Bangunan
 Sijil Penyeliaan Tapak Bina
 Sijil Teknologi Pembinaan
 Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
 Sijil Teknologi Senibina
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Bangunan
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Demolition Works Operation (BC-044-3:2014)
 Grouting Supervisor (BC-048-3)
 Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3)
 Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
 Pembinaan Terowong (BC-065-3:2014)
 Penyelia Awam & Struktur (CVS3)
 Penyelia Bilik Bersih Drywall (DWC 3)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 Penyelia Blok Dinding Ringan (BLK3)
 Penyelia Driller Penyiasatan Tapak (SID3)
 Penyelia Juru Kaca (GLZ3)
 Penyelia Kekuda Bumbung (BC-380-3 / RTM3)
 Penyelia Kerja Kerangka Aluminium (FWA 3)
 Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan (CSH3)
 Penyelia Konkrit Tuangan (Bangunan) (PCC3)
 Penyelia Letupan & Pengecatan (PCB3)
 Penyelia Masonry (BC-020-3 /MSR3)
 Penyelia Paip & Kumbahan (PNS3)
 Penyelia Panel Tuangan Ringan (LWP3)
 Penyelia Pembahagi Drywall (DWP 3)
 Penyelia Perancah (SCF3)
 Penyelia Rektikulasi Air (PWR3)
 Penyelia Siling (DCS 3)
 Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3)
 Penyelia Struktur (BC-010-3 / STS3)
 Penyelia Struktur Keluli (STE3)
 Penyelia Struktur Keluli(Pembentukan Sejuk) (SCT3)
 Penyelia Tukang Kayu (TCJ3)
 Penyeliaan Kalis Air (BC-046-3:2013)
 Penyeliaan Kemudahan Sisa Pepejal (LE-037-3:2014)
 Penyeliaan Operasi Pengumpulan Sisa Pepejal (LE-031-3:2012)
 Penyeliaan Operasi Sistem Rawatan Efluen Industri (LE-035-3:2013)
 Penyeliaan Pemasangan & Fabrikasi Keluli Tahan Karat (BC-040-3:2013)
 Piling Site Supervisor (PLS3)
 Pre Stressing (BC-043-3:2014)
 Sewerage Civil and Structure Supervisor (SWC3)
 Signage Supervision (BC-045-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.