Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik

Sinopsis Program


Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik adalah satu program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Sijil Kemahiran Politeknik. Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun. Pelajar juga akan mengikuti program latihan industrie selama enam (6) bulan semasa di semester empat (4). Program ini mendedahkan pelajar kepada asas rekabentuk dalama spekteori dan amali. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran seperti kelas teori dan amali di bilik kuliah, studio rekabentuk dan makmal komputer. Kandungan utama program ini meliputi kursus Asas Seni dan Rekabentuk, Komputer Grafik, Fotografi Digital, Tipografi, Rekabentuk Identiti Korporat, Rekabentuk Penerbitan, Rekabentuk Pembungkusan, Ilustrasi, Rekabentuk Pengiklanan, Rekabentuk Multimedia dan Portfolio.Kursus-kursus tersebut dapat menyediakan pengetahuan asas dalam bidang grafik dan kemahiran teknikal bagi memenuhi permintaan industry masa kini. 

Prospek Kerjaya


Program  ini  melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan yang berkaitandenganRekabentukGrafik yang mana membolehkan para lulusan memulakan kerjaya mereka dalam industri yang berkaitan. 
Peluang pekerjaan di dalam Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik ini ialah:  
Pembantu Pereka Grafik
Assistant DTP Artist
Jurufoto
Pembantu Percetakan
Pelukis Ilustrasi
Assistant Display Artist
Usahawan dalam bidang grafik


Syarat Kemasukan


Ditawarkan di

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.