Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian

Sinopsis Program


Program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian telah ditawarkan di politeknik untuk member peluang kepada graduan bermasalah pendengaran memperkembangkan potensi diri dan kerjaya di dalam bidang ini.  Program ini menawarkan pelbagai kursus seperti Aplikasi Komputer, Keusahawanan ,Asas Rekaan Fesyen, Pola Pakaian, Kajian Fabrik, Pembuatan Pakaian Wanita, Pembuatan Pakaian Lelaki, dan Peragaan Barangan. Pelajar juga diperkenalkan dengan beberapa kursus baru seperti Pembuatan Sampel Pakaian, Sulaman, Jahitan Kreatif dan Projek Fesyen yang dapat menjadi nilai tambah dalam program yang ditawarkan. 

Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen & Pakaian dibangunkan untuk memperkenalkan pelajar kepada trend semasa dalam industry fesyen dan peranan pakaian sebagai medium komunikasi, bukan sekadar keperluan asas.Pelajar didedahkan dengan kemahiran interpersonal serta pengetahuan asas keusahawanan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan.Pelajar turut diperkenalkan dengan pembuatan sampel pakaian, teknik mendraf pola pakaian dan teknologi pembuatan pakaian. Pelajarakan diperkenalkan dengan pelbagai teknik prinsip asas rekaan dan kajian fabrik yang membantu pelajar mengenali jenis-jenis fabric serta sumber pembuatannya.Kursus sulaman diperkenalkan sebagai elemen tambahan bagi menjana idea dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan hiasan bertekstur yang pelbagai. Pelajar didedahkan kepada amalan dan strategi yang efektif dalam peragaan barangan. Kursus projek yang diperkenalkan di semester akhir member peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan segala elemen dan prinsip rekaan dalam menghasilkan koleksi rekaan pakaian akhir.


Prospek Kerjaya


Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan tempahan pakaian, aksesori fesyen, perhiasan pada pakaian serta ilustrasi fesyen.Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki boleh diaplikasi kepada pelbagai cabang pekerjaan dalam industry fesyen dan membolehkan graduan untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan industry fesyen. 

Prospekpekerjaanmeliputi:  
Usahawan
Pembantu Pereka fesyen
Tukang Jahit
Pembantu Pereka Sulaman Pakaian
Pembuat Sampel Pakaian
Pembantu Pereka Aksesori Fesyen
Pembantu Pembuat/ Pemotong Pola Pakaian
Penghias Barang Dagangan
Pembantu Pereka Kostum
Pembantu Pengurus Butik
Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
Pembantu Perunding Imej


Syarat Kemasukan


Ditawarkan di

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.