Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal

Sinopsis Program


DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL telah dibangunkan untuk melahirka n graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan Halal dalam usaha untuk memenuhi peningkatan permintaan di industri Halal, sector kerajaan dan juga untuk menjadi usahawan dalam bidang industry makanan Halal. Struktur  program member tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Mutu Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Prinsip & Amalan Halal, Sistem Pengurusan Halal, Audit Halal, Pensijilan Halal, Keperluan Perundangan Halal dan kursus elektif.Graduan juga akan memiliki Sijil Eksekutif Halal yang diiktiraf JAKIM.

Prospek Kerjaya


Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sector pekerjaan seperti institusi pendidikan, industry makanan, syarikat-syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sector kerajaan contohnya Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sector swasta seperti industry makanan, rangkaian makanan segera, hotel, restoran, industrioleo kimia, industry pengeluaran dan industry pembungkusan.  Pekerjaan yang berpotensi termasuklah:

 

  •          Penolong Pengurus/Eksekutif Pengeluaran
  •          Ahli Jawatankuasa Halal
  •          Auditor/Penolong Auditor Halal
  •          Instruktor/Jurulatih Kursus Halal
  •          Eksekutif Halal
  •          Koordinator Halal
  •          Penolong Pengurus/Eksekutif Kawalan Kualiti
  •          Penolong Pengurus/Eksekutif/Penyelia Jaminan Mutu
  •          Ketua Auditor/Auditor/Auditor Dalaman  QMS
  •          Penolong Penganalisa/Teknologi Makanan
  •          Penolong Pegawai Penyelidik
  •          Usahawan
  •          Penolong Pengurus/Eksekutif Operasi
  •          Pengurus/Penolong Pengurus/ Eksekutif Restoran/Outlet Manager


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
  3. Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana matapelajaran
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Pengeluaran Makanan (AF-018-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.