Diploma Pengajian Perniagaan

Sinopsis Program


Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk hadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menawarkan program ini berserta Pensijilan Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT – JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ. Untuk maklumat lanjut berkaitan TECHNO HUFFAZ klik sini.


Prospek Kerjaya


Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:

Penolong Pembantu tadbir
Penolong Pengurus
Eksekutif Pemasaran dan Jualan
Eksekutif Sumber Manusia
Usahawan
Usahawan e-dagang
Pegawai Pembangunan Perniagaan
Penyelidik Perniagaan
Pegawai Operasi
Pegawaiatau Agen Insuran


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Dandanan Rambut
 Sijil Pengkeranian Akaun
 Sijil Pengoperasian Perniagaan
 Sijil Perakaunan
 Sijil Perakaunan Perniagaan
 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
 Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3:2012)
 Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
 Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
 Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
 Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
 Penyelia Desa (FB-017-3)
 Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
 Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
 Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.