Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
Sinopsis Program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) direka untuk menampung disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang bahan. Kursus yang ditawarkan dalam bidang asas kejuruteraan mekanikal adalah merangkumi Lukisan Kejuruteraan, Reka Bantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal. Manakala kursus-kursus khusus yang ditawarkan dalam bidang pengkhususan bahan adalah seperti Amalan Bengkel Kejuruteraan Bahan, Makmal Kejuruteraan Bahan, Pemprosesan Bahan, Teknologi Bahan, Metalurgi Fizikal, Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah, Teknologi Polimer, Bahan Komposit dan Termaju dan Kawalan Kualiti. Graduan program ini akan dilengkapi dengan kedua-dua pendedahan pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif berkaitan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal (bahan) yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri berasaskan Kejuruteraan Bahan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
• Penolong pengawal kualiti (QC) dan jaminan kualiti (QA).
• Penolong penyelidik untuk agensi kerajaan, pusat penyelidikan dan makmal swasta.
• Penolong jurutera / pereka / pemilihan bahan.
• Pembantu / Juruteknik untuk makmal bahan.
• Pembantu makmal Ujian Musnah (DT) dan Ujian Tidak Musnah (NDT).
• Juruteknik penuangan logam.
• Penolong penganalisis sifat bahan.
• Juruteknik pemprosesan, pembuatan dan pengeluaran dalam bidang logam dan bukan logam
terutamanya untuk bahan besi dan keluli, bahan plastik, seramik, kaca dan komposit.
• Pembekal / Usahawan peralatan pengujian dan pemeriksa bahan.
• Kerjaya lain yang berkaitan bidang kejuruteraan bahan.
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
- SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) |
| Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Mekanikal Pembuatan |
3 | Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan) |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk) |
| Sijil Kejuruteraan Pertanian |
| Sijil Teknologi Automotif |
| Sijil Teknologi Kimpalan |
4 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Foundri |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan |
| Sijil Teknologi Kimpalan |
5 | Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan |
| ADVANCED CERAMIC PRODUCTION SUPERVISOR (S-026-3) |
| Composite Manufacturing Technology (AC-010-3) |
| ELECTROPLATING TECHNICIAN (H-180-3) |
| Operasi Pembuatan Komposit (Aeroangkasa) (MT-010-3:2013) |
| Pembaikan Struktur Pesawat-Komposit (TP-076-3:2012) |
| Pembuatan Penyaduran Elektrik (MT-030-3:2012) |
| Pengeluaran Seramik Termaju (MT-020-3:2014) |
| Penyelia Pengeluaran Seramik (MT-021-3) |
| Teknologi Pembuatan Komposit (MT-011-3:2014) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas