Diploma Agroteknologi

Sinopsis Program


Diploma Agroteknologi dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian untuk memenuhi permintaan dasar-dasar negara.

Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar menimba ilmu pengetahuan dan latihan amali seperti pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, agro-bioteknologi, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, perlindungan tanaman dan pengurusan. Pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran teknologi terkini dalam bidang agroteknologi seperti teknologi penapaian, teknologi mikrob, pertanian jitu dan perladangan organik. Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek agro dan praktikal yang melibatkan peringkat penanaman, penuaian dan pemasaran menerusi aktiviti sepanjang pengajian mereka.

Selain itu, pelajar juga akan mengambil kursus umum yang terdiri daripada Matematik, Sains, Bahasa Inggeris Komunikasi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer dan Pembangunan Diri. Mereka juga akan menjalani latihan industri di ladang pertanian, institut penyelidikan kerajaan dan industri yang berkaitan dalam negara untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman tambahan.  Ini akan menyediakan asas yang baik dalam pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menerima pakai teknologi baru dan cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi di tempat kerja dan semasa menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang agroteknologi yang dapat  digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang bioteknologi pertanian, automasi dan mekanisasi dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam industri sebagai:

  • Juruteknologi Makmal (Penternak Tisu)
  • Usahawan Agro Bioteknologi
  • Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Projek
  • Pembantu Jualan bidang agro bioteknologi
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembantu Alam Sekitar
  • Pegawai Kawalan Kualiti
  • Pembantu Juruteknik Pemprosessan Makanan Industri
  • Cadet Planter
  • Penolong Pegawai Sains

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
  3. Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana matapelajaran
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Agro Industri
 Sijil Agroteknologi
 Sijil Industri Agro
 Sijil Landskap
 Sijil Lanskap & Pengurusan Nurseri
2Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM
 Sijil Pertanian
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Agriculture & Agro Based Product Sales & Marketing (AF-015-3:2013)
 Juruteknik Pertanian (Y-050-3)
 Operasi Jentera Pertanian & Perladangan (AF-062-3:2012)
 Operasi Ladang Poltri (AF-071-3:2015)
 Operasi Pembiakbakaan Tumbuhan & Pengeluaran Benih (BT-024-3:2013)
 Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-3:2012)
 Operasi Pengeluaran Tanaman
 Operasi Perladangan Lebah Madu (AF-017-3:2014)
 Pengeluaran Makanan (AF-018-3:2014)
 Penyelia Ladang Ruminan (AF-060-3)
 Penyelia Proses Herba (BT-042-3)
 Penyelia Sawah Padi (AF-051-3)
 Penyelia Tanaman (AF-010-3)
 Teknologi Pemprosesan Herba (Primer) (AF-011-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.