Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) ini direkabentuk bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang mikroelektronik dengan teknologi optikal yang diberi nama optoelektronik. Para pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas elektronik yang luas meliputi bidang kuasa, telekomunikasi, kawalan, instrumentasi dan komputer. Di peringat akhir pengajian pula, pelajar akan mengikuti program menjurus kepada pengkhususan dalam bidang optoelektronik.

Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) ini bakal mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang pembuatan elektronik dan kelebihan dalam bidang optoelektronik. Pengetahuan berkenaan optoelektronik di dalam mikro elektronik dan industri semikonduktor sangat memerlukan tenaga berkemahiran yang terlatih untuk menghadapi cabaran pada masa kini

Prospek Kerjaya


Lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Optoelektronik) berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera Elektronik dalam bidang pembuatan elektronik dan kelebihan bidang optoelektronik. Di samping layak untuk memegang jawatan sebagai Pembantu teknik dalam sektor kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Jabatan Komunikasi dan lain-lain jabatan berkaitan dengan kerja-kerja elektronik dan optoelektronik. Pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan sebagai Juruteknik Pengeluaran, Penolong Penyelia Industri, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan lain-lain kerjaya yang berkaitan.

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
 Sijil Teknologi Telekomunikasi

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.