Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi. Program ini direka bentuk dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian dan reka bentuk terbantu komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah telefoni, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.

Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan dan keusahawanan.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menawarkan program ini berserta Pensijilan Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT – JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ. Untuk maklumat lanjut berkaitan TECHNO HUFFAZ klik sini.


Prospek Kerjaya


Para graduan mempunyai pilihan yang luas dalam sektor komunikasi seperi Telekom Malaysia Berhad, Celcome, Maxis, Sapura, Axiata, Webe, SIRIM, firma-firma perundingan dan sebagainya. Disamping itu graduan juga boleh memberi sumbangan dalam sistem penyiaran di stesen-stesen radio atau televisyen, institusi pengajian serta firma-firma perundingan. 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:

  • Pembantu Jurutera
  • Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
  • Eksekutif Teknikal
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyelia Teknikal
  • Pembantu Perancang Teknikal
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pentadbir Rangkaian
  • Pembantu Jurutera “Drive Test”
  • Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test”
  • Juruteknik Elektrik / Elektronik

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Teknologi Elektrik
 Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
 Sijil Teknologi Telekomunikasi
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Juruteknik Fiber Optik - Telekomunikasi (D-400-3 :)
 Juruteknik Kanan (Pengsuisan 3G) (EE-032-3:)
 Juruteknik Kanan Frekuensi Radio Tanpa Wayar (EE-040-3:)
 Juruteknik Kanan Pengsuisan Litar (EE-038-3:)
 Juruteknik Kanan Rangkaian Akses Radio (EE-033-3:)
 Juruteknik Kanan Rangkaian Frekuensi Radio (EE-036-3:)
 Juruteknik Kanan Rangkaian Penghantaran Optik (EE-035-3:)
 Juruteknik Radar (Senggaraan) (D-020-3:)
 Juruteknik Senggaraan Radar (EE-200-3:)
 Juruteknik Sistem Perkabelan Berstruktur (D-500-3)
 Juruteknik Telekomunikasi – Operasi Pengsuisan (D-214-3:)
 Juruteknik Telekomunikasi – Operasi Pengsuisan (D-217-3 :)
 JURUTEKNIK TELEKOMUNIKASI- PENYELENGGARAAN (D-211-3)
 Juruteknik Telekomunikasi Tanpa Wayar (D-200-3 :)
 JURUTEKNIK TELEKOMUNIKASI-PEMASANGAN (D-210-3)
 LIGHTING TECHNICIAN (EE-220-3)
 Operasi & Penyelenggaraan Penghantaran Siaran (EE-140-3:2012)
 Packet Switch Core Network Implementation & Development (NID) (EE-037-3:2012:)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Fiber Optik - Telekomunikasi (EE-324-3:2013)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran (EE-321-3:2012)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Radar (EE-200-3:2013)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Radio Tanpa Wayar (EE-040-3:2013)
 Pemasangan, Konfigurasi & Penyelenggaraan Protokol Internet (EE-041-3:2013)
 Pembaikpulihan Telefon Bimbit (EE-039-3:2012)
 Penataan Cahaya Filem & Televisyen (EE-220-3:2013)
 Personel Perhubungan (Elektronik) (D-030-3 :)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.