Diploma Geomatik

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Geomatik direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur tanah ataupun geomatik. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak / lapangan ukur yang meliputi skop kerja di dalam industri geomatik dan geospatial yang merangkumi aspek teknik pengukuran dan kedudukan, cerapan data geospatial, pemprosesan dan analisis data pengukuran serta pemetaan yang dipelajari di dalam Ukur Kadaster, Pengiraan Ukur, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hidrografi, Pemetaan Utiliti, Geodesi, Astronomi, Pelarasan Ukur, CADD, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Fotogrametri, Remote Sensing, Kartografi, Undang-undang Tanah, Pengurusandan Pembangunan Tanah.Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang geomatik dan geospatial.

Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Geomatik adalah seperti berikut:

  • Penolong JuruUkur
  • Penolong Pegawai Tanah
  • Juruteknik (KerjaUkur)
  • Juruteknik (PelukisPelan)
  • Penolong Pegawai Sistem Maklumat (GIS)
  • Penolong Pegawai Sistem Maklumat (Remote Sensing)


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Ukur Tanah
2Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Geomatics & Land Surveying (BC-060-3:2013)
 Juruteknik Geospatial (IT-081-3)
 Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 SURVEY ASSISTANT (ENGINEERING) (V-020-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.