Diploma Seni Bina

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Seni Bina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang seni bina.Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian inidijalankan di bilik kuliah, studio dan industriberkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina.  Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.

Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Seni Bina adalah seperti berikut:

  • Pembantu Teknik Seni Bina
  • Penyelia Tapak
  • Inspektor Kerja Tapak
  • Penyelaras BIM
  • 3D Maker dan Illustrator
  • Perunding Seni Bina
  • Usahawan Industri Kreatif


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Seni Bina
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Lukisan Senibina
 Sijil Pelukis Pelan Senibina
 Sijil Penyeliaan Tapak Bina
 Sijil Rekabentuk Dalaman
 Sijil Teknologi Pembinaan
 Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
 Sijil Teknologi Senibina
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Senibina
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Lukisan Pelan Senibina (BC-050-3:2013)
 Pelukis Kanan Rekaan Dalaman (ID-040-3)
 Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3)
 Pelukis Pelan Kanan Senibina (BC-050-3)
 Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
 Penyelia Awam & Struktur (CVS3)
 Penyelia Bilik Bersih Drywall (DWC 3)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 Penyelia Dekorasi Bangunan (PTD3)
 Penyelia Masonry (BC-020-3 /MSR3)
 Penyelia Pemasangan Siling Hiasan (ID-021-3)
 Penyelia Pembahagi Drywall (DWP 3)
 Penyelia Senibina & Bangunan (ARB3)
 Penyelia Siling (DCS 3)
 Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3)
 Penyelia Tukang Kayu (TCJ3)
 SENIOR ARCHITECTURAL DRAUGHTSMAN (BC-050-3)
 SENIOR INTERIOR DRAUGHTSMAN (B-120-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.