Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

Sinopsis Program


Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (RekabentukAutomotif) dengan Kepujian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah dibangunkan untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam sebahagian ruang lingkup bidang kejuruteraan pembuatan yang sangat luas. Program yang berasaskan Workbase Learning (WBL) ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang rekabentuk automotif dan kejuruteraan pembuatan yang boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry automotif masa kini. Pelajar akan lebih banyak didedahkan dengan pelbagai elemen inovatif melalui silibus dan kurikulum yang lebih memfokuskan kepada proses rekabentuk komponen asas automotif yang seterusnya membawa kepada rekabentuk pembuatan enjin serta rekabentuk badan kenderaan keseluruhannya.
Antara modul pengajian yang ditawarkan di dalam program ini adalah RekaBentuk Automotif, Sistem Automotif, Peraturandan Undang-undang Automotif, Teknologi Hijau Automotif, Analisis Unsur Tak Terhingga dan Sistem Pengurusan Pengeluaran. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka menyahut cabaran dalam pasaran kerja yang sangat mencabar pada masa kini lebih-lebihlagi dalam bidang automotif. Justeru, program ini sangat signifikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang kompeten dan mampu membangunkan rekabentuk yang baru atau menambah baik struktur mesin, enjin, transmisi, atau sistem kenderaan lain yang sedia ada dengan menggunakan teknologi terkini serta dibantu dengan perisian rekabentuk komputer yang terkini.


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam reka bentuk automotif dan kejuruteraan pembuatan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
    
Ahli teknologi automotif
Membangunkan reka bentuk yang baru atau menambah baik struktur mesin, enjin, transmisi, atau sistem kenderaan lain dengan menggunakan teknologi reka bentuk dibantu komputer. Membangunkan secara langsung, pengubahsuaian, atau ujian kenderaan atau komponen.

Jurutera reka bentuk automotif
Membangunkan bahan dan produk pengajaran dan membantu dalam reka bentuk semula kursus berasaskan teknologi. Membantu fakulti mendalami kemahiran dalam menggunakan teknologi pengajaran.
    


Ahli teknologi pembuatan
Membangunkan mata alat, melaksanakan reka bentuk, atau mengintegrasikan jentera, peralatan, dan teknologi komputer untuk memastikan proses pembuatan yang lebih baik.
    
Ahli teknologi R & D


Syarat Kemasukan


Lulusan Diploma Lanjutan/Diploma
Tempoh Pengajian : 4 Tahun

Syarat Am

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf
Syarat Khas Program
  1. Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)
1Diploma Politeknik
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
 Diploma Kejuruteraan Mekatronik

* Sekiranya diploma lanjutan/diploma yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Tempoh Pengajian

8 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.